Sejarah hari Asyura Bubur Asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar,[2] maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.[3]

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[4]

Rujukan

WikiPedia: Bubur Asyura http://al-haziq.blogspot.com/2008/01/bubur-asyura-... http://elysrecipebook.blogspot.com/2005/10/bubur-a... http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1415357 http://www.tribunnews.com/2011/12/06/bubur-asyura-... http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/page/2/ http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/... http://books.google.com.my/books?id=YNrreNggR1YC&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://resepi.mesra.net/Detailed/5321.shtml https://web.archive.org/web/20070127161109/http://...